|
Buah Nangka ialah sejenis buah yang biasa di jumpai di malaysia. Buah ini berbentuk bujur dan beratnya kira-kira 18 kilogram. Terdapat dua jenis buah nangka di negara ini ,iaitu buah nangka berlubang dan nangka dan nangka bubur. Nangka berlubang isi agak keras manakala nangka bubur mempunyai isi yang lembik.
Buah nangka dihasilkan hampir sepanjang tahun. Buah yang masak mempunyai isi berwarna kekuning - kuningan. Isinya manis dan boleh dimakan mentah , dikeringkan atau dijeruk. Biji nangka adalah agak besar dan mempunyai selaput berwarna coklat. Biji nangka juga boleh dimakan dengan memanggangnya atau merebusnya dengan garam.
Buah nangka merupakan buah yang berkhasiat. Buah ini mempunyai 18 mikrogram vitamin A bagi setiap 100 gram isinya. Jumlah vitamin A ini adalah dua kali ganda jumlah yang terdapat bagi 100 gram epal. Vitamin A adalah penting untuk penglihatan yang baik , pertumbuhan tulang dan ketahanan terhadap jangkitan penyakit. Kalau dibandingkan dengan epal , buah nangkamempunyai 4 kali ganda kalsium dan sembilan kali ganda gentian. Kalsium diperlukan oleh tubuh untuk pertumbuhan tulang yang sihat manakala gentian memudahkan pembuangan najis. Buah nangka juga kaya dengan kalium, iaitu 292 miligram bagi setiap100 gram isinya. Kalium penting untuk memastikan kordinasi gerakan otot berjalan dengan sempurna. Buah nangka juga mempunyai vitamin C dan mineral seperti posforus dan besi. Biji nangka pula ialah Sumber Kalium, Vitamin A , Kalsium, besi dan protein.
Selain merupakan buah yang sedap dan lazat, Buah nangka juga mempunyai nilai perubatan. Jerami buah nangka yang tidak dapat di cernakan dan bertindak sebagai estringen dapat menyebabkan pengecutan tisu tubuh. Ini membantu menghentikan dan mengurangkan pendarahan.
Buah nangka juga ialah pelawas yang dapat mengelakkan sembelit. Sesetengah orang yang mencampurkan jus nangka bubur dengan bahan - bahan lain dan meminum campuran itu untuk mengubati demam.
|
|